UMNO Terengganu sokong keputusan MT - Utusan Malaysia

UMNO Terengganu sokong keputusan MT

AHMAD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan UMNO negeri menyokong penuh keputusan Majlis Tertinggi (MT) menarik sokongan serta-merta terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin bukan sahaja gagal menangani pandemik Covid-19 dengan berkesan, malah turut menyalahgunakan darurat untuk kepentingan politik hingga sanggup memperkotak-katikkan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah.

Tegasnya, UMNO tidak sesekali boleh bersekongkol dengan pihak yang mengakibatkan rakyat menderita di samping sektor kesihatan menjadi semakin kritikal dan ekonomi negara menjunam.

“UMNO terus berpendirian teguh untuk memperjuang dan mempertahankan kebajikan utama rakyat yang terkesan dan terjejas ketika ini.

“Kegagalan-kegagalan dinyatakan adalah sebab utama UMNO menamatkan sokongan terhadap terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook hari ini.

MT UMNO menamatkan sokongan terhadap Muhyiddin selepas beliau didakwa gagal memenuhi segala garis panduan yang dikemukakan pada 11 Mac 2020, sebagai syarat di samping turut mendesak pemimpin itu berundur secara terhormat. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya