Tunisia lakar kejutan di kolam renang - Utusan Malaysia

Tunisia lakar kejutan di kolam renang

Ahmed Hafnaoui perenang remaja Tunisia melakar kejutan dengan meraih pingat emas dalam acara renang 400m gaya bebas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Atlet remaja Tunisia, Ahmed Hafnaoui mengejutkan dunia dengan memenangi pingat emas dalam acara renang 400m gaya bebas di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Atlet berusia 18 tahun itu bergelut dalam 50m terakhir untuk mencatatkan 3 minit 43.36s untuk menjadi juara dalam acara itu.

Ia merupakan kejayaan terbesar buat atlet muda itu yang kurang dikenali di pentas dunia.

“Saya tidak percaya, perkara ini sangat luar biasa. SAya rasa lebih tenang di dalam air berbanding semalam. Sekarang saya adalah juara Olimpik

“Saya selamkan kepala di dalam air kerana tidak percaya saya sudah menajdi juara,” katanya

Pingat perak menjadi milik atlet Australia, Jack McLoughlin (3:43.52s) Kieran Smith dari Amerika Syarikat merankul pingat gangsa dengan catatan 3:43.94s.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya