"Tunggu ya Nia, aku pasti datang" - Marshanda - Utusan Malaysia

“Tunggu ya Nia, aku pasti datang” – Marshanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon, Marshanda meluahkan rasa terkilan dan sedih kerana belum dibenarkan untuk menziarahi sahabat baiknya, Nia Ramadhai yang kini sedang menjalani rawatan pemulihan di salah sebuah pusat rehabilitasi di Bogor, Jawa Barat.

Marshanda berkata, pusat rehabilitasi tersebut tidak membenarkan pelawat untuk hadir dan sehinggga kini, dia masih menunggu serta berharap untuk bertemu Nia dan suaminya, Ardi Bakrie.

“Sebenarnya saya mahu terus ke pusat rehabilitasi tersebut selepas selesai penggambaran, tetapi pihak keluarga memaklumkan pelawat tidak dibenarkan.

“Tidak tahu sampai bila, tetapi sebaik sahaja dibenarkan, saya akan ke sana,” katanya seperti yang dilaporkan portal, Kapanlagi.

Dalam pada itu, Marshanda juga meluahkan kerinduan dan rasa sayang terhadap Nia serta berjanji akan terus menyokong sahabatnya itu melalui ujian ini.

“Saya sayang Nia. Apa sahaja yang Nia perlukan, mahu kongsikan saya akan ada untuk dia. Saya akan jadi pendengar yang baik, memahami dan menerima. Saya peduli tentang kamu berdua,” jelas Marshanda.

Minggu lalu, dunia seni hiburan rantau Asia Tenggara dikejutkan dengan berita penahanan pelakon tersebut dan suaminya yang didakwa terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis syabu oleh pihak berkuasa.

Kedua-duanya bersama pemandu peribadi, didakwa di bawah Akta 127 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2009 Bahagian Narkotik yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama empat tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya