PETALING JAYA: Bimbang dengan pelbagai isu yang melanda negara ketika ini, pelakon jelita, Datin Paduka Umie Aida menitipkan pasanan kepada masyarakat agar saling memaafkan untuk mencapai kedamaian.
Umie, menerusi Instagram mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak mengeruhkan keadaan dan belajar dari kesilapan.
“Setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Akui kesilapan, belajar dari kesilapan itu dan minta maaf, habis cerita.
“Macam-macam isu sekarang ini di media sosial. Menakutkan. Jadi tolong jangan keruhkan keadaan,” tulisnya.
Pada masa yang sama, pelakon filem Dukun ini meminta orang ramai agar saling berkasih sayang dan elakkan benci membenci antara satu dengan lain.
“Sebarkan kasih sayang, bukan kebencian. Memaafkan kunci ketenangan.
“Berdamailah kita semua. Maafkan saya #spreadlove,” tulisnya lagi.