PETALING JAYA: Beberapa kali mencatatkan sifar kes jangkitan Covid-19, termasuk sekadar mencatatkan satu atau tiga kes harian, Perlis terus menjadi ‘buruan’ untuk didiami.
Sebuah poster ‘Train to Perlis’ menjadi bualan netizen sejak beberapa hari lalu termasuk warga Perlis yang membalas komen: “Jangan berani-berani nak mai (datang) Peghelih (Perlis).
Baru-baru ini Perlis melancarkan sebuah buku secara digital bertajuk Rahsia Perlis Perangi Covid-19 yang memaparkan pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri dalam memerangi wabak berkenaan sejak awal 2020 lagi.
Buku itu mengupas kerjasama antara kerajaan, swasta dan masyarakat dalam memerangi Covid-19.
Salah seorang pengguna TikTok yang menggunakan akaun @Aizat Apiz Duta PERLIS turut memberikan respons mengenai kenyataan seorang netizen yang mahu Perlis siap sedia kerana ramai mahu berpindah ke negeri itu.
“Perlis dah lah tanah tak cukup. Mana nak letak hangpa (kamu) semua”. Begitu antara komen beliau menggunakan loghat utara.
DJ terkenal di Perlis.fm, Mohd. Shah dalam nada bergurau juga menulis: “Toksah (Jangan) buat gatai (gatal) nak pindah dok (duduk) Perlis”.