TNB ‘menyinari’ Aidiladha 40 keluarga kurang berkemampuan - Utusan Malaysia

TNB ‘menyinari’ Aidiladha 40 keluarga kurang berkemampuan

SHAMSUL Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kotak makanan Program Prihatin Aidiladha TNBJ 1442H di Teluk Muroh, Lumut. - UTUSAN/SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seramai 40 keluarga kurang berkemampuan di kawasan Teluk Muroh di sini bersyukur apabila menerima bantuan barangan keperluan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, Selasa ini.

Mereka menerima seekor ayam, peket nasi impit, kacang tanah, minyak masak, cili kering dan pelbagai barangan keperluan memasak juadah hari raya.

Ia disumbangkan TNB Janamanjung Sdn. Bhd., Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (TNBJ) menerusi Program Prihatin Aidiladha TNBJ 1442 Hijrah dengan kerjasama Komuniti Teluk Muroh di Teluk Muroh.

Pengarah Urusan TNBJ, Datuk Shamsul Ahmad berkata, selain golongan kurang berkemampuan, bantuan itu turut diberikan kepada orang kurang upaya (OKU), mualaf, ibu tunggal dan mereka yang kehilangan pekerjaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami berharap sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat memberi keceriaan kepada mereka dalam menyambut Aidiladha tahun ini,” katanya kepada pemberita pada program tersebut.

Menurut Shamsul, sebelum ini pihaknya turut memberi sumbangan barangan keperluan makanan kepada kira-kira 500 orang di sekitar daerah Manjung menerusi Program Tabung PKPD bernilai RM30,000 hasil sumbangan kakitangan TNBJ dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Salah seorang penerima bantuan, Zuraida Shariff, 41, bersyukur menerima bantuan tersebut sekurang-kurangnya memberi peluang beliau dan dua anaknya memasak juadah hari raya.

Ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji harian itu bersyukur kerana sekarang sudah boleh bekerja semula bagi menanggung keluarganya.

Sebelum ini dia agak tertekan tidak dapat bekerja ketika kawasan tempat tinggalnya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan kewujudan Kluster Teluk Muroh Covid-19.

Seorang lagi penerima, Rosnita Othman, 47, berkata, sebelum ini dia tidak memikirkan tentang sambutan Aidiladha kerana suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan hanya memperoleh pendapatan RM1,100 sebulan.

“Dengan gaji sebanyak itu digunakan untuk membayar sewa rumah, bil utiliti dan belanja harian,” jelasnya yang tidak bekerja kerana menjaga dua anaknya yang juga OKU.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya