TLDM, UK adakan siri latihan di Selat Melaka - Utusan Malaysia

TLDM, UK adakan siri latihan di Selat Melaka

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerjasama pertahanan antara dua negara diperkukuh menerusi latihan Passage Exercise (PASSEX) di perairan Selat Melaka membabitkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tentera Laut Britain.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM berkata, antara aset yang terlibat dalam latihan ini termasuk Kapal Diraja (KD) Jebat, KD Lekiu dan Super Lynx.

“Ketumbukan United Kingdom Carrier Strike Group 21 (UKCSG 21) pada kali ini pula terdiri daripada empat buah kapal tentera laut dan beberapa buah pesawat daripada tiga buah negara iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat (AS) Belanda.

“Kapal perang terlibat adalah HMS Queen Elizabeth, HMS Kent, USS The Sullivans dan HNLMS Evertsen. Ini adalah pelayaran sulung HMS Queen Elizabeth sebuah kapal pengangkut pesawat, di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, selain komited terhadap keselamatan maritim dan kerjasama pertahanan negara rantau ini dengan mana-mana tentera laut sahabat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN