TOKYO: Perenang Australian, Ariarne Titmus menewaskan legenda Amerika Syarikat, Katie Ledecky untuk meraih pingat emas acara 200m gaya bebas selepas menewaskannya dalam acara 400m.
Titmus juga berjaya mencatat rekod baharu Olimpik dengan catatan 1minit 53.50s meninggalkan Ledecky di tempat kelima.
Pingat perak menjadi milik Siobhan Haughey dari Hong Kong manakala atlet Kanada, Penny Oleksiak meraih gangsa.
Dalam perkembangan sama, pemegang rekod dunia dalam acara 200m kuak kupu-kupu lelaki dari Hungary, Kristof Milak meraih pingat emas dalam acara itu selepas meninggalkan pencabarnya dua saat di belakang.
Atlet berusia 21 tahun yang menewaskan Michael Phelps untuk rekod dunia pada 2019 melakukan catata rekod Olimpik baharu dengan 1:51.25s di hadapan peserta Jepun, Tomoru Honda dan Federico Burdisso.-AFP