Tiga lagi bot nelayan tempatan ditahan di perairan Terengganu - Utusan Malaysia

Tiga lagi bot nelayan tempatan ditahan di perairan Terengganu

TIGA bot nelayan tempatan kelas C bersama kru warga Vietnam ditahan di perairan Kuala Terengganu, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lagi bot nelayan tempatan kelas C bersama 24 kru warga Vietnam yang disyaki mencuri hasil laut negara.

Pengarah Maritim Malaysia Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata,  kesemua bot itu ditahan di kedudukan 40 batu nautika dari Kuala Terengganu, kira-kira pukul 5 petang semalam.

Katanya, bot berkenaan dipercayai melanggar syarat sah lesen dengan menggunakan mata pukat kurang daripada 38 milimeter.

“Hasil pemeriksaan mendapati  nelayan asing termasuk tekong yang berusia antara 21 hingga 52 tahun itu mengemukakan dokumen pengenalan diri atau passport meragukan.

“Kita turut merampas sebanyak 3,500 liter bekalan diesel dan 5.5 tan hasil laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, bot bersama kru berkenaan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya