Tidak serik walaupun ditahan, tekong Vietnam terjun laut untuk larikan diri - Utusan Malaysia

Tidak serik walaupun ditahan, tekong Vietnam terjun laut untuk larikan diri

ANTARA hasil laut yang dirampas daripada empat bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan Kuala Terengganu di jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tidak serik ditahan pihak berkuasa, seorang tekong Vietnam nekad terjun ke laut yang bergelora bagi melarikan diri daripada didakwa dalam Op Kuda Laut kelmarin.

Bagaimanapun, helah warga asing berusia 40-an itu, gagal apabila dia berjaya diberkas semula Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pengarah Maritim Malaysia Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, situasi tersebut berlaku ketika kesemua 48 kru bersama empat bot yang ditahan kerana menceroboh hasil laut negara itu ditunda ke jeti di sini.

Katanya, proses menunda bot-bot tahanan mengambil masa hampir 40 jam berikutan angin kencang dan laut bergelora.

“Keempat-empat bot nelayan Vietnam itu ditahan di kedudukan 91 hingga 95 batu nautika dari Kuala Terengganu, pada pukul 5 petang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua bot berkenaan tidak berdaftar di Malaysia manakala kru yang berusia 16 hingga 68 tahun pula gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Suffi berkata, rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM6 juta membabitkan hasil laut, bekalan diesel dan peralatan menangkap ikan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963.

Sementara itu, menurutnya, sebanyak 112 bot bersama 1,195 nelayan warga asing berjaya ditahan membabitkan rampasan berjumlah RM168 juta sejak pelaksanaan Op Kuda Laut pada 26 Jun tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya