Tidak benar PM menghadap Agong - PMO - Utusan Malaysia

Tidak benar PM menghadap Agong – PMO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri mengesahkan laporan berita berhubung Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini adalah tidak benar.

Kenyataan itu sekali gus menafikan laporan sebuah portal pada sebelah pagi yang mendakwa Muhyiddin akan menghadap Agong dipercayai bagi memohon perkenan melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

“Tidak benar (PM menghadap Agong),” katanya, hari ini.

Awal pagi tadi, Ahmad Zahid mengumumkan parti itu menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Susulan itu, beliau mendesak Muhyiddin berundur daripada jawatan Perdana Menteri secara terhormat setelah kepemimpinan Presiden Bersatu itu gagal menguruskan negara yang dilanda pandemik Covid-19 serta menjaga kebajikan rakyat. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya