PUTRAJAYA: Tiada sebarang perbualan antara Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa kesempitan dan kesusahan rakyat adalah propaganda PKR serta DAP.
Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan itu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang turut menafikan grafik yang tersebar berhubung kenyataan itu adalah palsu.
“Tiada sebarang perbualan antara Annuar Musa dan Asyraf Wajdi berkaitan perkara berkaitan topik ini mahupun mengenai perkara-perkara lain. Grafik yang disiarkan adalah palsu,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE