Tiada pemberian vaksin secara walk in di PPV Unisza - Utusan Malaysia

Tiada pemberian vaksin secara walk in di PPV Unisza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) menafikan dakwaan kononnya wujud pemberian vaksin Covid-19 secara walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV) institusi pengajian tinggi itu. 

Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungannya dalam kenyataan memaklumkan, kaedah sedemikian tidak pernah dijalankan di semua PPV termasuk di PPV itu. 

Katanya, individu yang dipilih untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dimaklumkan mengenai janji temu melalui aplikasi MySejahtera, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon.

“Maklumat yang tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam adalah palsu. 

“Orang ramai dinasihatkan agar jangan mudah terpengaruh dengan sebaran berita palsu dan tidak hadir, berlegar mahu pun menunggu di PPV tanpa sebarang urusan bagi mendapatkan suntikan vaksin tanpa janji temu,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya