Tiada kad vaksinasi fizikal dikeluarkan Kementerian Kesihatan - Utusan Malaysia

Tiada kad vaksinasi fizikal dikeluarkan Kementerian Kesihatan

ANTARA sebahagian penerima vaksin warga emas hadir pada Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Sekolah Kebangsaan Bukit Munduk, Setiu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan tidak mengeluarkan sebarang kad vaksinasi dengan kod QR berbentuk fizikal setakat ini.

Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan, malah pihaknya tidak membuat sebarang perolehan kepada mana-mana pihak atau syarikat berhubung pengeluaran kad vaksinasi.

Jelasnya, kekeliruan timbul selepas berita mengenai kad vaksinasi atau vaccination badge disiarkan menerusi portal Yahoo News bertajuk ‘QR code on Health Minister’s vaccine badge links to random man’s SoundCloud’.

“Laporan berita itu yang mendakwa kad vaksinasi tersebut dikeluarkan Kementerian Kesihatan adalah tidak benar.

“Kad vaksinasi dan kod QR yang digunakan dalam sidang media pada 17 Mac lalu adalah hanya sampel reka bentuk kad vaksinasi untuk ditunjukkan kepada wartawan dan jurugambar,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menyarankan mana-mana pihak agar tidak berkongsi atau menyebarkan berita tersebut kerana boleh memberi gambaran salah, seolah-olah kementerian memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mengeluarkan kad vaksinasi.

Buat masa ini katanya, sijil digital vaksinasi untuk mereka yang lengkap dua dos vaksin boleh diakses menerusi aplikasi MySejahtera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya