'Tiada isu Sinovac, Pfizer' - Utusan Malaysia

‘Tiada isu Sinovac, Pfizer’

KHAIRY Jamaluddin adalah antara watak penting kejayaan program vaksinasi negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada isu berbangkit khususnya membabitkan soal keberkesanan susulan arahan penggantian bekalan vaksin Sinovac kepada Pfizer seperti diumumkan Kementerian Kesihatan semalam.

Itu penjelasan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menerusi sidang akhbar bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba hari ini.

Menurutnya, bekalan Sinovac perlu diganti dengan Pfizer memandangkan tempahan bekalan bagi vaksin itu sudah diterima sepenuhnya oleh kerajaan.

“Semua tempahan Sinovac membabitkan keseluruhan 12 juta dos akan habis dibekalkan kepada Malaysia pada akhir bulan ini.

“Bagaimanapun, saya dan Menteri Kesihatan bersetuju untuk tambah tiga juta lagi dos Sinovac kepada keseluruhan tempahan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 15 juta.

“Tambahan tiga juta dos ini akan tiba akhir Julai atau awal Ogos dan selepas itu, PICK akan menggunakan Pfizer,” katanya.

Katanya, pihaknya juga akan menyimpan stok Sinovac bagi individu yang mengalami alahan dan tidak boleh menerima Pfizer.

Khairy berkata, mengikut jadual penghantaran asal, negara dijangka menerima bekalan Sinovac sehingga November, namun selepas rundingan semula bekalan itu dipercepatkan.

“Disebabkan itu, semua bekalan Sinovac diterima sepenuhnya akhir bulan ini. Sebab itu, bekalan Pfizer akan menjadi sumber vaksin utama negara bermula Ogos dan bulan seterusnya.

“Bermula Ogos juga, bekalan Sinovac akan dibekalkan oleh pasaran swasta,” katanya.

Katanya, beliau ingin jelaskan bahawa isu penggantian bekalan itu langsung tiada kaitan dengan isu keberkesanan Sinovac sebagaimana didakwa beberapa pihak.

Jelasnya lagi, kelompok dos terakhir Sinovac akan dibekalkan kepada penerima pada 21 Julai ini.

Sebelum ini, Adham mengesahkan pihaknya akan menghentikan pengagihan vaksin Sinovac ke semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kelantan, dan menggantikannya dengan vaksin Pfizer.

Menurutnya, langkah itu dibuat memandangkan bekalan vaksin Pfizer lebih banyak berbanding Sinovac.

“Selain Kelantan, vaksin ke negeri-negeri lain juga akan digantikan dengan Pfizer dalam masa terdekat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya