PETALING JAYA: Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menegaskan, buat masa ini kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi
mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
Dalam satu kenyataan, beliau menegaskan, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik.
“Oleh itu, dari segi undang-undang, Perdana Menteri dan Kabinet sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan,” katanya. – UTUSAN OLINE