KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari memaklumkan suami dan enam orang anaknya positif Covid-19, pelakon, Rebbeca Nur Al Islam pula disahkan positif semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca juga mendedahkan dia hampir pengsan kerana mengalami kesukaran untuk tidur dan kerap berfikir tentang ujian Tuhan ini.
“Pada awalnya keputusan saya negatif, tetapi akhirnya saya disahkan positif selepas menjaga suami dan anak-anak. Secara jujur, saya juga hampir tumbang kerana tidak boleh tidur dan terfikir dengan sekelip mata segalanya dari Sang Pencipta.
“Terlalu laju, bahaya sangat-sangat Covid-19 ini. Kasihan tengok suami dan anak-anak semua. Jadi saya tak sampai hati dan terpaksa campur dengan mereka untuk beri ubat serta sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, Rebecca turut memohon doa daripada pengikutnya supaya dia dan keluarganya segera sembuhserta sembuh daripada Covid-19.
“Saya reda dengan ujian ini. Demi anak-anak dan suami yang terlalu lemah, saya cuba kuatkan diri. Akhirnya malam tadi, saya juga disahkan positif,” katanya.
Sebelum ini, suami, enam orang anaknya dan tiga pembantu rumah disahkan positif manakala Rebecca serta dua orangnya negatif.