Terima kasih lulus Pejuang tapi kami tetap tak sokong PN - Tun M - Utusan Malaysia

Terima kasih lulus Pejuang tapi kami tetap tak sokong PN – Tun M

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, pihaknya tidak sekali-kali menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

 Meskipun menghargai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan Kementerian Dalam Negeri kerana meluluskan permohonan parti itu hari ini, mereka tetap menentang kerajaan.

 “Kami bagaimanapun berterima kasih kepada Ketua Pengarah RoS dan menteri berkenaan, yang akhirnya mengesahkan Pejuang sebagai parti politik baharu di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar Pejuang secara maya yang turut disertai Presiden parti itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan kepemimpinan Pejuang.

 Kelulusan mengejut parti itu petang ini kebetulan genap tempoh akhir 14 hari yang difailkan Pejuang secara mandamus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar kerajaan.

  Ketika ini, Pejuang yang diumumkan namanya secara rasmi pada 12 Ogos tahun lalu,  mempunyai empat wakil dalam Dewan Rakyat dan seorang senator sahaja di Dewan Negara.

 Mengulas lanjut, bekas perdana menteri ini mengalu-alukan penyertaan masyarakat Melayu yang menolak Bersatu selain enggan menerima UMNO dan Pas, untuk menjadi ahli parti itu.

 “Sesiapa pun boleh buat permohonan untuk masuk Pejuang dan kami berharap parti ini  lebih cergas selepas ini dengan ada ramai ahli baharu dari seluruh negara,” katanya.

 Beliau bagaimanapun enggan menyatakan sama ada Pejuang akan menjadi parti komponen Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) atau sebagai alternatif blok siasah yang ketiga.

 Namun, beliau menjelaskan tidak menyokong kerajaan PN dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mendakwa Presiden Bersatu itu tidak mendapat sokongan majoriti.

 Malah, Mahathir, 95, berkata, sebelum Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac tahun lalu, Pengerusi PN itu tidak pun disokong oleh enam ahli Parlimen Bersatu.

 Justeru, beliau hairan bagaimana Peguam Negara boleh pula mengesahkan kuasa eksekutif Muhyiddin sedangkan pada waktu itu, ia hanya melibatkan sokongan dari ketua parti tertentu. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya