'Terharu terima salam takziah dari Palestin' - Utusan Malaysia

‘Terharu terima salam takziah dari Palestin’

EBIT Lew ketika memaklumkan beliau dan rombongan berjaya masuk ke Gaza.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Sedih, sayu, terharu bila dapat surat takziah dari Kementerian Luar Palestin”.

Demikian disuarakan Ustaz Ebit Lew selepas menerima salam takziah atas pemergian bapanya daripada kementerian tersebut, semalam.

“Walau sekejap misi kemanusiaan di Gaza. Terima kasih tak terhingga pada Dr. Mahmoud El Mahdoun dan Kementerian Luar Palestin.

“Terharu bila tiba-tiba dapat panggilan takziah daripada pemimpin Palestin,” katanya dalam laman Facebook.

Beliau menambah, Allah pasti akan bantu bebasnya Palestin dan janjinya itu benar.

“Tiada lagi penganiayaan dan kezaliman israel. Ya Allah berilah bantuan dan kemenangan-Mu pada kami. Bantulah penduduk Palestin.

“Terharu sangat bila pemimpin di sana siap datang bilik saya berbual-bual. Berbincang tentang betapa pentingnya setiap orang bersama dalam perjuangan ini,” katanya.

Pada 13 Julai lalu, bapa Ebit Lew meninggal dunia di Gleanagle Hospital.

Bulan lalu, beliau berjaya memasuki Gaza untuk misi kemanusiaan dan mengagihkan bantuan kepada penduduk Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya