Teksi meletup ketika pemandu cucuh rokok - Utusan Malaysia

Teksi meletup ketika pemandu cucuh rokok

KEADAAN teksi yang rosak selepas kejadian letupan di KLIA, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang pemandu teksi berdepan detik cemas selepas kenderaan yang dipandunya tiba-tiba meletup ketika sedang bergerak di Jalan CTA 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Sebelum kejadian berlaku, mangsa, Mohd Radzi Mokhtar, 64, dikatakan cuba menggunakan pemetik api untuk mencucuh rokok di dalam kenderaan terbabit namun tanpa disangka, tindakannya itu membawa padah.

Akibat kejadian itu, mangsa melecur di bahagian lengan dan muka manakala kereta jenis Proton Exora yang dipandunya mengalami kerosakan teruk.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian berlaku pada 3.30 petang semalam.

“Hasil siasatan bomba mendapati kejadian berpunca daripada kebocoran gas cecair pembasmi kuman yang berada di dalam teksi berkenaan.

“Pada masa sama pemandu sedang menggunakan pemetik api untuk mencucuh rokok,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang memandu teksi itu sedang dalam perjalanan pulang selepas menghantar penumpang di KLIA.

“Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dengan lecur di bahagian lengan dan muka serta telah dihantar ke hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya