Tekanan perasaan bukan main-main - Ella - Utusan Malaysia

Tekanan perasaan bukan main-main – Ella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ratu rock negara, Ella, meluahkan rasa kebimbangannya apabila terbaca satu laporan melibatkan 266 kematian direkodkan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Kata penyanyi Sepi Sekuntum Mawar Merah itu, tekanan perasaan dan masalah kemurungan ini bukan perkara remeh dan mesti ditangani dengan sebaik-baiknya.

“Baru-baru ini, saya terbaca satu laporan berbentuk artikel yang agak menakutkan. Masalah kemurungan dan tekanan perasaan ini bukan mainan. Ia pembunuh senyap, jangan perkecil keperluan anda atau siapa pun untuk mendapat sokongan dan bantuan.

“Cuba-cubalah ambil berat keluarga, kawan terdekat, mungkin saja ada yang perlukan teman bersembang dan mungkin juga perlukan rawatan kaunseling atau psikologi. Tiada apa yang perlu dimalukan,” ujarnya.

Tambah Ella atau nama lengkapnya Nor Zila Aminuddin, 54, berharap orang ramai tahu bila masa yang tepat untuk mendapatkan atau memberikan sokongan .

“Di saat pandemik ini , tanyalah khabar mereka yang berdekatan sama ada kerabat, saudara-mara, teman atau pun jiran. Tak semestinya bantuan kewangan ya. Teman bercakap pun kadang-kadang lebih besar dan bernilai maknanya.

“Jangan pula kita berduka lara, nanti setelah kehilangan seseorang yang tak terkembalikan,” akhiri katanya menerusi Instagram miliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya