JAKARTA: Pengacara tampan negara seberang, Ananda Omesh menjadi sebutan netizen apabila dia bertindak mengubahsuai kereta miliknya untuk dijadikan ambulans bagi menghantar pesakit Covid-19.
Memetik laporan kapanlagi.com, Ananda memberitahu keretanya itu kini masih diubahsuai bagi tujuan berkenaan.
“Iya Alhamdulillah benar. Kereta itu sekarang sedang disiapkan,” katanya.
Ananda berkata, idea itu hadir setelah dia menerima satu hantaran pesanan di Instagram yang mencari mana-mana sukarelawan yang sedia untuk menawarkan kenderaan mereka untuk dijadikan ambulans.
“Kemudian saya terus memaklumkan kebetulan saya memiliki kereta dan salah satunya boleh digunakan untuk menghantar pesakit Covid-19’” katanya yang dihujani pujian netizen ekoran tindakan murninya itu.