Tapak pembinaan di Genting Highlands antara lokaliti kena PKPD - Utusan Malaysia

Tapak pembinaan di Genting Highlands antara lokaliti kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tapak pembinaan projek hartanah mewah, IBN Highlands City di Pahang antara lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Rabu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti terletak di Genting Permai, Genting Highlands, Daerah Bentong itu ialah kawasan pembangunan bercampur.

Fasa 1 projek itu dijangka siap tahun depan meliputi 4,117 unit pangsapuri servis, kediaman dan hotel yang bertaraf lima bintang selain zon komersial serta sebuah sekolah antarabangsa.

Turut dikenakan PKPD serentak di negeri itu sehingga 10 Ogos ini ialah Kampung Pagar Batu 6 Penjom, Daerah Lipis serta Sungai Klau dan Sungai Chalit, Mukim Gali, Daerah Raub.

“Di Kelantan pula hanya satu lokaliti yang dilaksanakan PKPD selama tempoh 14 hari iaitu di Kampung Telaga Tujuh dekan Pekan Labok, Jajahan Machang selain di Sabah antaranya Kampung Mostyn Lama, Daerah Kunak dan Perumahan Ladang Pontian Kuril, Kinabatangan.

“Empat lokaliti lagi di Bahagian Pedalaman iaitu Kampung Kauran, Keningau serta Kampung Menengah, Kampung Buang Sayang dan Kampung Pasir Putih, Daerah Sipitang termasuk Taman Kinarut Ria, Papar dan Kampung Tawadakan, Kota Belud,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, tujuh lokaliti di negeri tersebut disambung PKPD meliputi Kampung Patikang Ulu, kilang dan kuarters milik Focus Lumber, Veracity dan Hasil Jadi, Pusat Memandu IDA dan penempatan warga Indonesia di Keningau serta Kampung Madsiang, Penampang.

Di Johor pula, Ismail Sabri memaklumkan bahawa hanya satu lokaliti masih dilanjutkan lagi PKPD yang sepatutnya akan tamat pada esok iaitu Felda Maokil, Muar.

Bagaimanapun di Pahang, Felda Lembah Klau, Mukim Gali, Raub dan Flat Taman Benus Jaya, Bentong ditamatkan PKPD selain Kampung Bukit Tanah, Mukim Bukit Jawa, Jajahan Pasir Puteh, Kelantan serta Kampung Kendaie dan Kampung Bukit Batu, Lundu, Bahagian Kuching, Sarawak.

Di Sabah pula, ia membabitkan Taman Muhibbah Fasa 1, 2 dan 3, Beaufort serta Apartment Beverly Hilss Fasa 2 dan Kampung Kobusak, Penampang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya