Tanah skim Felda antara 27 lokaliti kena PKPD - Utusan Malaysia

Tanah skim Felda antara 27 lokaliti kena PKPD

- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah perkampungan tanah rancangan, iaitu Felda Neram 2 antara lokaliti di Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, turut dilaksanakan PKPD sehingga 3 Ogos ini dalam Mukim Bandi, Daerah Kemaman itu ialah Bandar Cheneh Baru, selain 10 lokaliti perkampungan dalam Mukim Kuala Dungun, Daerah Dungun.

Ia meliputi Kampung Sungai Buaya, Kampung Tanah Lot, Kampung Lembah, Kampung Padang Jambu, Kampung Nibong, Kampung Bukit Chatak Tengah, Kampung Molek, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Udang dan Kampung Sungai Penaga.

“Lima lokaliti di negeri jirannya Pahang juga dikenakan PKPD antaranya dua lokaliti dalam Mukim Ulu Jelai, Daerah Lipis iaitu Kampung Kabang dan Kampung Sat dan tiga lokaliti dalam Mukim Ulu Dong, Daerah Raub iaitu Kampung Bedu, Kampung Temalian dan Kampung Pamah Kulat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di Sabah tambah beliau, 10 lokaliti juga bakal dilaksanakan PKPD antaranya dua dalam Daerah Sipitang, iaitu Kampung Kebawang dan Kampung Marau, empat di Daerah Kota Kinabalu iaitu Jalan Kampung Likas Simpang 3, Api-Api Centre, Taman Ujana Kingfisher dan Kampung Salut, Kampung Pituru Kinarut, Daerah Papar; Kampung Meruntum, Daerah Putatan; serta Beverly Hills Fasa 2 dan Cybercity Fasa 2, Daerah Penampang.

Dalam pada itu, beliau berkata, lokaliti di Penjara Sungai Udang kecuali kuarters di Daerah Melaka Tengah, Melaka dilanjutkan PKPD, manakala 12 lagi lokaliti PKPD berakhir esok antaranya Kampung Bagus, Rantau Panjang, Kelantan dan Kampung Mambong, Kuching, Sarawak.

Di Sabah, dua daripadanya dalam Bahagian Pantai Barat iaitu Kampung Ejuk, Kota Belud dan Kampung Warisan, Kota Kinabalu serta Kampung Baru Batu 2, Jalan Apas, Bahagian Tawau.

Ini termasuk tujuh lokaliti di Kawasan Perindustrian Senai, Kulai, Johor ditamatkan dua hari lebih awal kepada esok antaranya Senai Airport City bersebelahan lapangan terbang, juga Taman Perindustrian Murni Senai, Taman Perindustrian Senai, Kawasan Perindustrian Senai Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya