PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Hafiz Suip, membidas semula dengan tenang komen segelintir warganet berkaitan tubuh badannya yang dilihat semakin susut.
Menerusi perkongsian di entri Instagram Hafiz, dia memuat naik gambar keadaan fizikal tubuh badannya yang dilihat semakin susut berbanding dahulu.
“Body shaming, aku ingatkan perkataan ini untuk orang gemuk sahaja. Rupanya orang kurus pun kena juga.
“Macam-macam saya dapat hari ini mahu pun yang baik atau buruk. Tidak kisahlah nak cakap apa tentang saya, tetapi jangan libatkan orang lain dan keluarga saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia turut memaafkan semua pihak ekoran menerima banyak komen mengenai dirinya di ruangan komen perkongsiannya sebelum ini di Instagram.
“Sebelum tidur, jom kita bermaaf-maafan dahulu. Saya maafkan kamu semua baik tak kenal mahupun yang kenal.
“Macam-macam saya dapat hari ini mahupun yang baik atau buruk,” ujarnya.
Sebelum ini, keadaan kesihatan penyanyi Awan Nano itu menjadi tanda tanya warganet apabila gambar perkongsian terbaharu di Instagramnya dilihat semakin susut.
Bagaimanapun, Hafiz berkongsi dirinya berada dalam keadaan baik serta sudah menjalani pemeriksaan kesihatan.
Seterusnya, dia berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan serta mengambil berat terhadap keadaannya kini.