‘Syukur saya dah berkahwin’ - Aidil Aziz - Utusan Malaysia

‘Syukur saya dah berkahwin’ – Aidil Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Syukur saya sudah berkahwin,”.

Itu kata pelakon Aidil Aziz ketika mengulas berhubung isu kemurungan dalam kalangan orang ramai termasuk penggiat seni yang semakin membimbangkan akibat pandemik Covid-19.

Menurut suami kepada pelakon hebat, Fasha Sandha, masanya banyak diisi dengan aktiviti berfaedah dan sekali gus dapat mencegah kemurungan.

“Bila duduk di rumah ini kalau tiada apa-apa yang boleh dilakukan, tidak mustahil boleh tertekan. Syukur saya sudah berkahwin, tidak dapat bayangkan mereka yang bujang berdepan dengan keadaan yang cukup menekan sekarang.

“Antara aktiviti di rumah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti solat berjemaah, bersukan dan membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Jadi ini sangat membantu saya daripada merasa kemurungan dan mengalih perhatian menghitunh hari untuk tamat PKP,” ujarnya.

Aidil berkata demikian pada sesi bersama media secara maya untuk drama Suara Hati.

Menyentuh tentang ekonomi ketika penggambaran terhenti, Aidil bersyukur kerana dia mempunyai sumber pendapatan daripada bisnes yang diusahakan.

“Ini bukanlah masa yang sesuai untuk kita keluar bekerja. Apatah lagi, saya ada anak-anak yang masih kecil dan keluarga di rumah, jadi amatlah berisiko jika terpaksa keluar bekerja,” katanya.

Untuk rekod, Aidil dan Fasha berkahwin pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aisha Amaira.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya