Sultan Selangor titah umat Islam terus berdoa akhiri pandemik - Utusan Malaysia

Sultan Selangor titah umat Islam terus berdoa akhiri pandemik

SULTAN Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini sekali lagi perlu disambut secara sederhana termasuk pelaksanaan ibadah korban yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Istana Alam Shah dalam satu kenyataan khas sempena sambutan Aidiladha memaklumkan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan rakyat supaya terus berdoa supaya musibah Covid-19 yang menyebabkan banyak kematian supaya beransur pergi.

Malah, baginda juga menyeru seluruh umat Islam supaya berdoa setiap kali selepas solat agar rakyat di negara ini terus dilindungi dan dijauhkan daripada musibah tersebut.

“Baginda berharap sambutan kali ini diraikan dalam suasana sederhana dan setiap aktiviti membabitkan ibadah korban dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” katanya.

Tambah kenyataan itu, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa dukacita terhadap rakyat masih berdegil untuk pulang ke kampung di luar daerah ketika musim perayaan ini.

“Baginda amat bimbang sekiranya masih ada yang berdegil untuk pulang ke kampung di luar daerah sempena musim perayaan ini. Baginda mengambil kesempatan ini untuk menasihati umat Islam agar menyambut Hari Raya Aidiladha di rumah masing-masing demi mengelakkan penularan wabak Covid-19 yang tidak terkawal.

“Baginda masih berdukacita kerana perayaan umat Islam yang sepatutnya disambut dengan semangat kesatuan ummah bagi mengeratkan ukhuwah ini, terpaksa diadakan dalam keadaan yang terhad dan waspada.

“Oleh itu, baginda menggesa umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan dan teguh bersatu hati menuruti setiap perintah Allah SWT, serta tidak mengadu domba dan bertelingkah mengenai isu-isu remeh yang tidak bermanfaat,” jelas Istana Alam Shah.

Justeru, baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 1442 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya