“Sudah lama tidak bertemu muka dengan sahabat saya, Krisdayanti” -Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

“Sudah lama tidak bertemu muka dengan sahabat saya, Krisdayanti” -Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, batasan untuk berjumpa antara satu sama lain kini agak sukar terutama rakan yang berada di negara jiran.

Menerusi entri Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza, perkara tersebut diakuinya sementelah sudah lama tidak bertemu dengan sahabat baiknya yang juga penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti.

Bagaimanapun, dia berpendapat kekangan ekoran pandemik bukan alasan untuk saling bertanya khabar antara satu sama menerusi mesej.

Justeru itu, Jambatan Kasih Malaysia Indonesia bakal menemukan Siti Nurhaliza dan Krisdayanti menerusi satu sesi Instagram Live, malam ini.

“Sudah lama tidak bertemu muka dengan sahabat saya, Kris Dayanti. Namun, kami sering bermesej dan bertanya khabar.

“Tidak ada apa yang membataskan, apatah lagi kes Covid-19 di Malaysia dan Indonesia semakin bertambah angka hari demi hari.

“Namun, Jambatan Kasih dan Ingatan bakal menemukan kami berdua di IG live. Jam 9 malam waktu Malaysia dan 8 malam waktu Indonesia,”

Menurut Siti, tujuan mengadakan Instagram live tersebut adalah sebagai ruang dan peluang mereka untuk berkongsi, berbahagi cerita serta perkembangan terbaharu keadaan pandemik di kedua-dua negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya