Streamer gurau lucah - Yana Samsudin lapor polis - Utusan Malaysia

Streamer gurau lucah – Yana Samsudin lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Yana Samsudin segera membuat laporan polis setelah mendapati seorang pemain e-sport atau streamer melakukan gurauan lucah terhadap seorang kanak-kanak berusia 13 tahun.

Yana, 36, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam apabila mendapati streamer berkenaan sering melakukan perkara tidak senonoh itu dengan streamer yang lain.

“Dia sering menggunakan perkataan kotor dalam streamnya dan ini bukan kali pertama dia berbuat demikian.

“Tindakannya itu semakin keterlaluan apabila dia menggunakan perkataan double meaning terhadap seorang kanak-kanak,” katanya.

Kata pelakon ini, streamer tersebut perlu diambil tindakan kerana melanggar etika streaming dan pada masa sama telah melakukan gangguan seksual.

“Dia menggunakan kanak-kanak untuk kandungan streamingnya dan berbicara secara seksual dengan kanak-kanak tersebut.

“Lebih menjijikkan, ada pihak yang sunting video itu dan jadikan bahan untuk tontonan umum,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yana menasihatkan kepada ibu-bapa agar sentiasan memantau aktiviti anak-anak mereka bagi mengelakkan ancaman seperti ini berlaku.

“Ibu bapa kena pantau penglibatan anak-anak sama ada di luar rumah atau ketika bermain peranti. Perkara-perkara seperti ini amat merisaukan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya