SPRM telus, percaya keadilan mahkamah - Agus Yusoff - Utusan Malaysia

SPRM telus, percaya keadilan mahkamah – Agus Yusoff

MOHAMMAD AGUS YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) seolah-olah menjadi alat politik yang mengikut telunjuk Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah tidak berasas kerana tindakan SPRM sentiasa telus dan adil.

Dalam satu kenyataan, Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff yakin SPRM sebagai sebuah badan bebas telah membuat penyiasatan berasaskan fakta dan maklumat yang sahih.

“Saya telah banyak kali membaca komen dan pandangan yang mendakwa SPRM menjadi alat politik. Saya tidak terlibat dan tidak mengetahui tentang operasi SPRM, tetapi saya tahu tentang keputusan SPRM berkaitan dengan kes berprofil tinggi yang dibincangkan dalam mesyuarat lembaga.

“Mengenai pendakwaan yang dibuat terhadap Syed Saddiq, itu bukanlah tugas SPRM kerana tugas SPRM hanya terbatas kepada penyiasatan. Manakala pendakwaan pula terletak di tangan Pejabat Peguam Negara, berdasarkan kepada kertas siasatan yang diberikan oleh SPRM kepada Pejabat peguam negara. Itulah pengasingan kuasa yang negara kita amalkan,” katanya semalam.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM1 juta dana milik Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kata Mohammad Agus, beliau percaya Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik tanpa prasangka dan prejudis buruk kepada sesiapa namun terdapat tohmahan bahawa adanya konspirasi politik dalam penyiasatan dan pertuduhan ke atas Syed Saddiq.

“Satu yang pasti dalam mesyuarat Lembaga, kami (seramai enam orang) bertindak tanpa rasa takut dan bimbang serta berbincang kes-kes secara telus.

“Dalam banyak keadaan kami menegur dan memberi cadangan kepada SPRM untuk menyiasat lanjut dan memperbaiki beberapa kelemahan penyiasatan, jika ada, supaya kes yang disiasat telus dapat memberi keadilan kepada yang didakwa dan juga kerajaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya