SOP masjid di Kuala Perlis diperketat - Utusan Malaysia

SOP masjid di Kuala Perlis diperketat

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Perlis memperketat prosedur operasi standard (SOP) di enam buah masjid di Kuala Perlis, berikutan status semasa penularan wabak Covid-19 di kawasan tersebut.

Masjid yang terlibat itu adalah Masjid Rahmaniah, Kuala Perlis; Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Seberang Ramai; Masjid Terapung Al-Hussain; Masjid Al-Firdaus, Padang Besar Selatan; Masjid Al-Munir, Jalan Batu Lima dan Masjid Al-Mukminin, Kota Kayang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkara itu  mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah meneliti perkembangan penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

Titah baginda, pelaksanaan SOP ketat bagi masjid di kawasan Kuala Perlis itu adalah berkuat kuasa serta-merta sehingga tempoh yang akan dimaklumkan, bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa.

“SOP diperketatkan itu meliputi tempoh masa bermula azan hingga selesai solat Jumaat adalah 20 minit sahaja manakala tempoh bermula iqamah dan waktu bersurai bagi solat fardu lima waktu adalah selama 15 minit.

“Aktiviti pengimarahan lain seperti kuliah agama, ceramah dan sebagainya adalah tidak dibenarkan buat masa ini dan semua jemaah diminta untuk meminimakan perhimpunan dengan segera beredar setelah selesai menunaikan solat,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sementara itu, SOP pengimarahan masjid di negeri ini hanya membenarkan jemaah daripada kalangan anak kariah sahaja (kecuali pegawai dan petugas) yang berusia antara 12 tahun hingga 59 tahun hadir ke masjid. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya