Soniia tamatkan perjalanan di Tokyo - Utusan Malaysia

Soniia tamatkan perjalanan di Tokyo

Soniia Cheah wajar diberikan pujian walaupun kalah selepas menampilkan aksi luar biasa ketika menetang Ratchanok Intanon dalam sainga terakhir Kumpulan N.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun menamatkan perjalanan di Sukan Olimpik Tokyo 2020, perseorangan wanita negara, Soniia Cheah wajar diberikan pujian kerana beraksi luar biasa dalam aksi Kumpulan N ketika menentang bekas juara dunia dari Thailand, Ratchanok Intanon.

Soniia yang tidak diletakkan sebarang harapan untuk mara jauh menampilkan aksi cemerlang apabila mendominasi set pertama dengan permainan pantas dan agresif untuk menewaskan Ratchanok 21-19.

Dalam set pertama, dia tidak bermiant untuk bermain rali panjang sebaliknya menggunakan serangan antas untuk menamatkan permainan.

Pada set kedua, pemain berusia 28 tahun itu ketinggalan agak jauh sebelum bangkit untuk menyamakan kedudukan sebelum akur dengan kekalahan 18-21 kepada juara Asia 2015.

Pada set penentuan Soniia ketinggalan 4-11 sebelum mengalami sedikit kecederaan di bahagian buku lali dan memaksanya mendaptkan rawatan ringan di luar gelanggang.

Bagaimanapun, perseorangan No1. negara itu terpaksa akur dengan kekalahan 10-21 pada set terakhir.

“Saya minta maaf kerana tidak berjaya menang dalam perlawanan ini tetapi saya tidak menyesal kerana saya sudah beraksi sebaik mungkin dalam penampilan Olimpik pertama saya.

“Tahniah Ratchanok, dia berjaya beraksi dalam tekanan dan semoga dia berjaya selepas ini,” katanya.

Dia sebelum ini hampir melupakan kerjaya badminton, lapan tahun lalu selepas mengalami beberapa siri kecederaan achilies tendon dan terpaksa melakukan empat siri pembedahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya