Son kekal bersama Spurs hingga 2025 - Utusan Malaysia

Son kekal bersama Spurs hingga 2025

Son Heung Min akan kekal bersama Totenham sehingga 2025 selepas menandatangani kontrak baharu selama empat tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyerang Korea Selatan, Son Heung Min menandatangani kontrak baharu selama empat tahun bersama Tottenham, umum kelab itu.

Pemain berusia 29 tahun itu menyertai kelab itu daripada Bayer Leverkusen pada 2015 dan akan kekal di utara London sehingga 2025 dengan kenaikan gaji signifikan.

“Adalah satu penghormatan untuk beraksi di sini selama enam tahun dan saya gembira berada di sini.

“Saya seperti berada di rumah sendiri, penyokong, pemain dan kaitangan sentiasa mengalu-alukan saya. Sangat mudah, saya gembira berada di sini dan gembira untuk bertemu peminat semula.

Son merupakan nadi penting kelab itu dan sepanjang berada di sana dia telah meledak 170 gol dalam 280 penampilan membentuk kerjasama berbahaya dengan Harry Kane.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya