KUALA LUMPUR: Kompleks SOGO di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini yang dijadualkan beroperasi setiap hari bermula Jumaat lepas, kembali tutup.
Tinjauan Utusan Malaysia di kompleks itu mendapati, hanya tingkat LG yang terdiri daripada restoran, kafe, pasaraya dan kafe dibuka.
SOGO Malaysia dalam satu hantaran Facebooknya hari ini memaklumkan, semua kedainya ditutup mulai hari ini sehingga diberitahu berikutan prosedur operasi standard (SOP) terbaharu daripada pihak berkuasa.
“Bagaimanapun, anda boleh membeli keperluan harian anda di Pasaraya @ SOGO KL kami yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari,” katanya.
Terdahulu, Jumaat lepas, SOGO Malaysia memaklumkan pembukaan semula kompleksnya di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. – UTUSAN ONLINE