Sidang Parlimen mula hangat - Utusan Malaysia

Sidang Parlimen mula hangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sidang Khas Dewan Rakyat mula hangat apabila beberapa ahli Parlimen pembangkang bangkit mempersoalkan perjalanan persidangan Parlimen hari ini iaitu tidak memberi ruang kepada anggota dewan untuk berbahas dan mengundi berhubung Proklamasi Darurat.

Antara yang bangkit adalah Tun Dr. Mahathir Mohamed (Pejuang-Langkawi), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Warisan-Semporna) dan Ram Karpal (DAP-Bukit Gelugor).

Dr. Mahathir menyifatkan persidangan khas itu sebagai penipuan apabila tidak membuka kepada ahli-ahli Parlimen untuk berbahas dan berbincang berkaitan perjalanan darurat.

Katanya, ia tidak menepati titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja agar sidang Parlimen dibuka untuk memberi ruang kepada anggota dewan berbahas berkenaan situasi Covid-19.

Jelas beliau, rakyat sedang menderita dengan virus tersebut sekali gus tertekan pandemik berkenaan.

“Ia adalah majlis penerangan, kami tidak perlu baca, sebenarnya kalau kita perhatikan sejarah Covid-19 ada ratusan kes sahaja tetapi ada pilihan raya Sabah menjadi ribuan kes. Tetapi buat pelan pemulihan ia meningkat kepada 17,000 kes.

“Sepatutnya berkenaan rakyat dan bukannya berkenaan politik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya