Sha'Carri tidak akan ke Tokyo - Utusan Malaysia

Sha’Carri tidak akan ke Tokyo

Sha'Carri Richardson digantung kerana menyalahgunakan marijuana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGLES: Sha’Carri Richardson tidak akan beraksi di Olimpik selepas diketepikan dalam skuad lari berganti-ganti 4×100 meter (m) Amerika Syarikat (AS) dan perkara itu disahkan Persekutuan Padang dan Trek AS (USATF).

Dia diketepikan untuk bertanding dalam acara 100m wanita di Tokyo selepas menerima penggantungan sebanyak 30 hari apabila didapati positif marijuana ketika mencatat kemenangan di kejohanan ujian AS bulan lalu.

Peraturan USATF membolehkan pelari berusia 21 tahun itu dipilih sebagai salah satu daripada dua pilihan jurulatih di samping empat pemenang teratas final 100m wanita di kejohanan ujian AS.

Bagaimanapun, pintu tertutup buatnya selepas pemenang pingat emas 4×100 lari berganti-ganti di Olimpik 2016, English Gardner dan Aleia Hobbs dipilih untuk melengkapkan enam pelari bagi acara berkenaan.

Dalam kenyataan, USATF menyatakan simpati terhadap kes Sha’Carri tetapi mengatakan ia mempunyai tanggungjawab untuk ‘menjaga keadilan’ untuk semua atlet.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya