Setiap orang dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur akan divaksin menjelang 1 Ogos

Setiap orang dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur akan divaksin menjelang 1 Ogos

SEORANG warga emas, Salamiah Hassin 84, hadir ke Program Vaksinasi Bergerak untuk menerima vaksin, di Pusat Komuniti Setiawangsa. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Menjelang 1 Ogos ini, setiap orang dewasa berusia lebih dari 18 tahun yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, mereka sedang bersiap untuk meningkatkan kadar vaksinasi di Selangor dan Kuala Lumpur berikutan peningkatan kes.

Katanya, kedua-dua kawasan itu dihuni sekurang-kurangnya 6.1 juta orang.

“Pada 15 Julai, 3.5 juta orang telah menerima dos pertama mereka. Manakala 1.3 juta lagi akan diberikan dos pertama mereka antara sekarang dan 25 Julai.

“Selebihnya 1.3 juta akan menerima dos pertama mereka dari 26 Julai hingga 1 Ogos,” katanya pada sidang media

Khairy berkata orang dewasa yang tidak direkodkan sebagai penduduk Selangor dan Kuala Lumpur, seperti mereka yang tidak mempunyai dokumen dan sebagainya, akan dibenar mendapatkan suntikan vaksin selepas 1 Ogos.

“Setelah operasi kapasiti lonjakan kami selesai, semua PPV (di Selangor dan KL) akan terbuka untuk walk-in sehingga (kami) dapat ‘membersihkan’ mereka yang belum menerima dos pertama mereka,” katanya

Di samping itu kata Khairy, vaksinasi secara walk in untuk warga emas di Selangor dan Kuala Lumpur akan bermula esok.

“Ini untuk mereka yang belum menerima janji temu. Banyak yang sudah ada janji temu.

“Kami tidak mahu mereka yang mempunyai janji temu juga walk in. Vaksinasi walk in khusus untuk warga emas yang belum ada janji temu di aplikasi MySejahtera mereka. Mereka boleh walk ini ke mana-mana PPV di Selangor dan Kuala Lumpur, ” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya