Sesak nafas dan rasa nak pitam - Aishah 'menggigil' tengok video bunuh diri - Utusan Malaysia

Sesak nafas dan rasa nak pitam – Aishah ‘menggigil’ tengok video bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi bersuara emas, Aishah mendedahkan dirinya ‘menggigil’ kerana kerap tertonton video memaparkan individu bertindak mengambil nyawa sendiri yang terlintas di garis masa di media sosialnya.

Berkongsi perasaan tersebut di Instagram, jelas Aishah, dia seperti diserang sesak nafas dan mahu pitam apabila tertonton sebuah video bunuh diri yang baginya cukup mengerikan.

“Saya rasa gementar dengan apa yang sedang berlaku. Terlalu banyak keburukan dan kesedihan. Dalam situasi sekarang, kita akan lihat yang buruk dan baik dalam masyarakat. Tiga hari berturut-turut kebetulan buka telefon terlintas video orang mengambil nyawa sendiri.

“Malam ini saya tertonton pula video bunuh diri yang cukup menyayat hati. Terus saya jadi sesak nafas dan mahu pitam. Saya rasa sakit dan berhenti bermain telefon. Saya masih menggigil. Rasa nak nangis sahaja,” katanya.

Tambah Aishah yang berkongsikan gambar bersama kucingnya berkata, sehingga kini (saat memuat naik gambar), dia merasa sejuk di bahagian kaki dan tangan malah kepalanya turut berpusing.

“Saya tak tahu, mungkin saya terlalu sensitif ke apa. Adakah saya seorang sahaja begini? Kenapa setengah orang lebih terkesan daripada yang lain. Dah jadi ngeri nak tutup mata,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya