Seorang lelaki ditahan, simpan rokok seludup hampir RM1 juta - Utusan Malaysia

Seorang lelaki ditahan, simpan rokok seludup hampir RM1 juta

SEORANG lelaki yang ditahan bersama rokok seludup bernilai hampir RM1 juta di sebuah premis di Jalan Murni, Paloh di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) melumpuhkan sindiket penjualan dan pengedaran rokok seludup bernilai RM987,456 susulan penahanan seorang lelaki di sebuah premis di Jalan Murni, Paloh, pada pukul 9.30 malam tadi.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata, rokok seludup atau lari cukai pelbagai jenama berjumlah 5,580 karton itu ditemukan dalam sebuah rumah kosong dipercayai diseludup dari Indonesia untuk pasaran setempat.

Katanya, rampasan itu adalah yang terbesar dilakukan pada tahun ini dan percaya suspek sudah melakukan kegiatan itu sejak tiga bulan lalu.

“Antara rokok seludup yang berjaya dirampas adalah 1,900 karton Halftime Virgina Merah 20 batang, 1,600 karton Lee merah 20 batang, 720 karton Luffman classic 16 batang, 250 karton L.A Bold 20 batang, 720 karton Touro International 12 batang, 150 karton Canyon Blast 20 batang dan 240 karton Surya Gudang Garam 12 batang.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit Jenama Oppo A93 milik suspek yang dianggarkan bernilai RM1,000. Hasil siasatan awal terhadap suspek dipercayai menjadikan premis tersebut sebagai stor penyimpanan sementara rokok seludup sebelum diedarkan untuk pasaran sekitar Kluang.

“Jumlah anggaran nilai rokok adalah RM269,324 dan nilai cukai rokok sahaja mencecah RM717,132 menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah RM987,456,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dimin berkata, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu pejabat Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

“Saya menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dijalan yang tidak diwartakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya