"Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Saya sedih" - Ebit Lew - Utusan Malaysia

“Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Saya sedih” – Ebit Lew

EBIT LEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Luahan rasa yang dibuat oleh Pendakwah bebas dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) menerusi aplikasi Tik Tok baru-baru ini mendapat respons ramai masyarakat dan pengikutnya yang rata-ratanya tersentuh dengan kata-kata yang dilontarkan.

Menerusi perkongsian tersebut, UEL dilihat mengalirkan air mata sambil meluahkan rasa bahawa dia bukanlah seorang manusia yang suka mencari gaduh dengan sesiapa sahaja.

“Saya susah nak mengata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan siapa-siapa. Tetapi sejak kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan terhadap saya. Saya jadi sedih, “katanya.

UEL berkata demikian dalam aplikasi Tik Tok yang dimuat naik semula dalam Instagram, @jentikhati.

Selain itu, UEL juga berkata, dia bukan seorang individu yang mudah melawan orang lain meskipun ada berbuat demikian dengannya.

“Saya memang tak takut siapa-siapa sejak kecil. Saya tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya juga Allah yang tentukan.

“Saya tak balas pun orang mesej saya bukan-bukan. Kalau orang ugut, saya tak balas. Kalau setakat berkata, saya tak kisah sangat tapi kalau melibatkan macam-macam orang, yang itu saya jadi sedih,” katanya.

Mengharapkan agar umat manusia hidup dalam suasana dan persekitaran penuh kasih sayang, UEL bagaimanapun sedar masih ada pihak yang tidak suka dengan apa yang dilakukannya selama ini.

“Saya fikir dunia ini tak seindah yang disangka. Walau kita cuba nak bawa kasih sayang dalam dunia, akan ada yang benci, akan ada yang lawan.

“Saya percaya, kalau tidak hari ini, suatu hari nanti, dunia ini akan kembali seperti zaman dahulu. Zaman Rasulullah. Zaman dulu orang baik-baik. Suasana itu akan wujud, manusia saling mengasihi, saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, sengketa penceramah motivasi, Caprice dan UEL menjadi perhatian ramai apabila dia yang juga penyanyi rap tersebut telah membuat pelbagai tuduhan mengenai pembabitan UEL dalam misi bantuan sebelum ini.

Antara yang didakwa Caprice, UEL dan pasukannya telah memburukkan imej negara ketika sebulan berada di Gaza, Palestin untuk membantu rakyat negara itu yang ditindas Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya