'Semua nak masuk Gaza, buat sesuatu kerana Allah, bukan nama dan populariti' - Utusan Malaysia

‘Semua nak masuk Gaza, buat sesuatu kerana Allah, bukan nama dan populariti’

GAMBAR kenangan Sheikh Muszaphar Shukor ketika berkhidmat di Palestin atas misi kemanusiaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Palestin tempat keramat. Ramai orang nak masuk Palestin atas pelbagai tujuan. Oleh itu buat sesuatu kerana Allah dan bukan kerana nama dan populariti”.

Demikian nasihat angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bagi mereka yang ‘mencuba nasib’ memasuki Palestin untuk apa jua tujuan sama ada misi kemanusiaan.

Beliau dalam akaun Instagram miliknya turut berkongsi pengalaman memasuki Gaza sebanyak dua kali ketika perang untuk misi kemanusiaan.

“Saya bekerja untuk Hospital Syifa dan menetap bersama penduduk Palestin. Ramai nak masuk sana.

“Mereka memerlukan bantuan seperti perubatan, peralatan hospital dan makanan. Terlalu banyak lori dan bas masih menunggu di sempadan untuk masuk Palestin,” katanya.

Tetapi jelasnya, kena beringat, Palestin tempat suci dan keramat.

“Hanya Allah sahaja yang dapat membenarkan seseorang untuk masuk ke situ. Oleh itu buatlah sesuatu kerana Allah, bukan kerana nama dan populariti.

“Buat dengan ikhlas dan tak perlu hebohkan kepada umum. Buat secara senyap dan insya-Allah, Allah akan permudahkan segalanya,” katanya.

Isu Gaza hangat diperkatakan ketika ini ekoran ‘hubungan dingin’ antara dua nama popular tanah air mengenai bantuan di Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya