Sembilan lagi ditahan terlibat pergaduhan di asrama kilang - Utusan Malaysia

Sembilan lagi ditahan terlibat pergaduhan di asrama kilang

TANGKAP layar memaparkan kekecohan yang berlaku di pekarangan asrama pekerja kilang di Sri Gading, Batu Pahat di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Polis menahan sembilan lagi individu warga asing yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di asrama pekerja sebuah kilang di Sri Gading, di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Muhamad Izzudin Runggai berkata, kesemua mereka terdiri daripada tujuh warga Bangladesh dan dua warga Sri Lanka.

“Kesemua mereka berusia antara 22 tahun hingga 40 tahun ditahan hari ini. Ia menjadikan keseluruhan jumlah tangkapan adalah seramai 12 orang membabitkan sembilan warga Bangladesh dan tiga warga Sri Lanka.

“Motif pergaduhan setakat ini dipercayai berpunca daripada gangguan di tempat kerja melibatkan dua kumpulan warganegara itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Muhamad Izzudin, kesemua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman denda atau penjara sehingga lima tahun.

Semalam, satu video berdurasi seminit lapan saat tular memaparkan pergaduhan oleh sekumpulan warga asing di pekarangan asrama pekerja kilang.

Susulan kejadian itu, polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya