‘Sekarang faham kan?’ - Reen Rahim dedah sikap kedekut - Utusan Malaysia

‘Sekarang faham kan?’ – Reen Rahim dedah sikap kedekut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Reen Rahim mendedahkan sikap tidak borosnya selama ini adalah bertujuan untuk persiapan sekiranya berlaku kecemasan.

Menurut pelakon Mencari Qiblat itu, selama ini dia mengamalkan gaya hidup bersederhana dan mengakui tidak memanjakan kehidupan kedua orang tuanya dengan kemewahan.

“Sekarang saya sudah boleh menyara hidup baba dan amie serta barang dapur mencukupi, Insya-Allah. Sekarang faham bukan, kenapa saya menyimpan duit dan kedekut malah tidak pandang barang jenama?

“Saya juga mampu memberi kesenangan tetapi inilah sebabnya, situasi sekarang. Ramai orang tengah sesak,” ujarnya di Instagram.

Dalam perkongsian sama, pelakon berusia 32 itu berharap orang ramai dapat melalui fasa kritikal kini dengan berjimat cermat.

“Teruskan lawan ya semua, jangan sampai mengalami depresi, tolonglah. Allah ada, jimat-jimat makanlah telur, ikan bilis sehingga wabak Covid-19 ini habis.

“Tolong juga jaga kesihatan mental dan hati. Tiada guna kalau keadaan esok hari sudah kembali pulih sediakala tapi ada masalah mental dan hati yang kritikal,” tulisnya yang juga memanjatkan doa.

Hasil tinjauan Utusan Malaysia pada ruangan komen entri itu, rata-rata pengikut dan peminat memuji sikap mulianya serta ada juga yang meninggalkan komen hampir mengalami tekanan emosi dan depresi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya