Saya tak terasa,cuma akan ingat kutukan mereka - Harry Khalifah - Utusan Malaysia

Saya tak terasa,cuma akan ingat kutukan mereka – Harry Khalifah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Harry Khalifah atau Apak, 41, mendedahkan dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap mana-mana pihak yang sebelum ini mengutuk dan mencerca karya muzik ‘kampungnya’.

Menurut Apak, dia bahkan tidak peduli dengan kata-kata negatif itu kerana baginya setiap karya mempunyai kelompok peminat yang tersendiri dan masing-masing juga punya hak untuk meminati sesebuah muzik yang berbeza.

“Masih ingat sebelum ini pernah saya dijadikan bahan kutukan orang di media sosial dan ada seorang hamba Allah ini menyebut ‘selagi ada Harry Khalifah, maka industri muzik Malaysia ini tak akan maju’.

“Entah kenapalah dia nak kaitkan saya sedangkan ramai lagi komposer lain dalam negara ini.Saya ini ibarat orang kampung yang kolot dan tak ambil peduli pun.

“Saya dimaklumkan hal itu pun menerusi kawan dan katanya ramai yang memberi respons terhadap kenyataan itu di media sosial,”katanya dalam satu sidang media secara virtual baru-baru ini.

Selain itu, kata Apak, dia tidak berkecil hati dengan apa yang berlaku namun akan ingat kata-kata tersebut untuk terus membina semangat buat diri sendiri.

“Saya tak terasa. Kalau nak berkecil hati, mungkin saya sudah lama merajuk dan tak akan duduk di sini lagi dan terus menghasilkan lagu.

“Nak cakap pasal kutuk mengutuk ini, sejak zaman saya bersama band lagi sudah rasa dan alami. Jadi malas saya nak kait dengan isu makan hati,”katanya.

Pun begitu, Apak mengambil peluang itu sebagai sebuah ilham untuk menghasilkan lagu baru berjudul Seishin yang membawa maksud semangat dalam bahasa Jepun.

Menurutnya, semua kata-kata nista yang dihamburkan kepadanya diserap dan digubah menjadi sebuah nilai positif menerusi lagu tersebut yang dihasilkan secara instrumental.

“Sengaja saya pilih tajuk itu untuk beri kelainan. Sebelum ini sudah biasa saya hasilkan lagu dengan tajuk nama perempuan misalnya, jadi kali ini lain sikit.

Lagu Seishin telah dilancarkan pada 16 Julai lalu manakala video muziknya juga sudah berada di kedudukan ke-20 trending YouTube dengan jumlah tontonan melebihi 195,000

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya