"Saya tahu suami saya kuat" - Rebecca Nur Al Islam - Utusan Malaysia

“Saya tahu suami saya kuat” – Rebecca Nur Al Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Rebecca Nur Al Islam menerusi Instagramnya memaklumkan suami dan enam orang anaknya serta tiga orang pembantu rumah disahkan positif Covid-19.

Dalam perkongsian sama, Rebecca turut memaklumkan dirinya dan dua orang anak lain disahkan negatif.

“Keluarga kami diserang Covid-19. Suami dan enam orang anak saya positif. Malah, tiga pembantu rumah saya juga disahkan positif.

“Saya dan dua orang anak Alhamdulillah negatif. Tiga pembantu rumah, pak cik dan tukang kebun juga negatif,” katanya.

Rebecca dalam pada itu juga turut meluahkan rasa sedih dan memohan agar peminat mendoakan kesejahteraan suami serta mereka yang disahkan positif.

“Apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang, tolong doakan untuk kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi suami saya. Teruk sedikit daripada yang lain.

“Tapi saya tahu dia kuat. Minta maaf jika ada kontak rapat dalam tempoh tujuh hari sebelum ini ya. Cepat-cepat buat ujian calitan,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya