‘Saya harap pengorbanan ini berbaloi’ - Amira Othman akur tidak beraya bersama keluarga di kampung - Utusan Malaysia

‘Saya harap pengorbanan ini berbaloi’ – Amira Othman akur tidak beraya bersama keluarga di kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Amira Othman, 28, mengakui seperti orang lain, dia turut bersedih kerana tidak dapat merayakan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga di kampung.

Namun empunya nama sebenar Nadia Amira Othman ini menganggap kesedihan itu sebagai satu pengorbanan yang perlu dilakukan bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.

“Memang sedih, tetapi kita tidak ada pilihan. Kalau kita balik takut kita jadi pembawa yang menjangkiti ibu dan ayah di kampung.

“Saya tidak mahu ambil risiko, duduk sahaja di rumah di Kuala Lumpur ini. Biar bersusah-susah dahulu. Saya harap pengorbanan ini berbaloi. Tapi syaratnya semua kena bagi kerjasama.

“Saya harap menjelang penghujung tahun ini Malaysia akan kembali pulih. Mari kita ambil suntikan vaksin agar kehidupan seperti dahulu dapat dinikmati semula,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Hati-Hati ini meluahkan kekecewaan terhadap segelintir individu yang masih berdegil dengan merentas negeri untuk balik ke kampung.

“Amalan ini tidak sihat dan tidak elok. Ramai lagi yang tidak dapat jumpa keluarga mereka di kampung.

“Contoh seperti seorang rakan saya yang terpaksa akur tidak dapat pulang ke kampung untuk menemani orang tuanya yang menghidap kanser.

“Bagaimana kita nak pulihkan keadaan Kalau ada lagi yang masih berdegil. Saya harap kita semua dapat mainkan peranan masing-masing,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya