Sarawak isytihar darurat, elak PRN - Utusan Malaysia

Sarawak isytihar darurat, elak PRN

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sarawak diisytiharkan darurat selama enam bulan sehingga 2 Februari 2022.

Pengisytiharan darurat setempat itu selaras di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) Sarawak 2021 diterbitkan dalam Warta Persekutuan semalam dan akan berkuat kuasa mulai 2 Ogos.

Ini bagi mengelakkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di tengah penularan pandemik Covid-19 masih berada pada tahap membimbangkan.

Proklamasi yang ditandatangani oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pilihan raya Sarawak mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh berakhirnya darurat negara.

Justeru, memerlukan darurat setempat diisytiharkan untuk menangguhkan pilihan raya negeri.

DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan setelah mencapai tempoh matang lima tahun pada 7 Jun lalu namun proses itu tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang sudah dibatalkan oleh kerajaan pada 21 Julai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya