Sampai sekarang, tiada pekebun haram durian berani umum pendapatan - Apek Cina - Utusan Malaysia

Sampai sekarang, tiada pekebun haram durian berani umum pendapatan – Apek Cina

ZEE HOW TAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  “Umumkan pendapatan dan mengaku kesalahan, maka saya bagi bantuan guaman percuma untuk memohon pengurangan hukuman di mahkamah.”

Itu tawaran personaliti media sosial yang juga pemilik akaun Facebook Ulasan Apek Cina atau nama sebenarnya, Zee How Tai kepada pekebun-pekebun haram durian Musang King dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub, Pahang yang kini berdepan tindakan mahkamah.

Dalam hantaran video terbaharunya,  How Tai yang juga seorang pengamal undang-undang membuat tawaran itu selepas menjawab persoalan dibangkitkan penyokong pekebun haram di Raub berhubung  isu penguatkuasaan memusnahkan kebun haram durian Musang King dalam HSK tersebut.

Ia melibatkan persoalan mengenai dakwaan Kerajaan Negeri Pahang mengingkari perintah mahkamah, status pekebun apakah mereka benar-benar peserta Rancangan Buku Hijau 1974, dia mewujudkan konflik perkauman dan penebangan pokok durian kebelakangan ini adalah untuk syarikat swasta.

Menurut How Tai, sehingga kini, tiada pekebun haram yang berani mengumumkan jumlah pendapatan mereka sepanjang 10 hingga 20 tahun menjalankan aktiviti tersebut.

Cadangan penyelesaian daripada saya. Pekebun haram yang betul -betul mengalami kesusahan dengan jumlah pendapatan yang rendah daripada aktiviti haram ini, tidak boleh menyara diri,  Apek Cina bagi offer (tawaran).

“Satu, umumkan pendapatan anda. Dua, mengaku kesalahan anda, maka saya bagi bantuan guaman percuma untuk memohon pengurangan hukuman di mahkamah dan kongsikan keadaan anda di page saya agar ramai boleh nampak dan bantu,” katanya di hujung video berdurasi 10 minit itu.

Hanya dalam selepas tujuh jam dimuat naik, video itu mendapat 360 perkongsian.

How Tai berkata, dia tidak akan membenarkan mereka yang kaya-raya tetapi enggan mengumumkan pendapatan daripada sumber yang haram sekadar untuk meraih simpati dan keuntungan politik.

“Pendapat-pendapat saya hanya boleh diubah dan hanya tertakluk kepada keputusan mahkamah dan tiadanya perubahan jika mana-mana mahkamah mengekalkan keputusan yang asal,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya