Sambutan, acara sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-62 ditangguh - Utusan Malaysia

Sambutan, acara sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-62 ditangguh

agong
AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH puji pelan jaga kesihatan mental rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebarang acara atau sambutan sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang pada 30 Julai ini ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan kelak.

Penangguhan tersebut sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, majlis kesyukuran dan doa selamat boleh dianjurkan secara maya, selaras suasana pandemik Covid-19 di negara dan negeri ini.

“Seri Paduka turut bertitah agar tiada persembahan ucapan sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 30 Julai ini untuk diterbitkan di mana-mana media cetak dan papan iklan.

“Persembahan ucapan tersebut boleh dibuat secara dalam talian di laman web jabatan, syarikat atau mana-mana medium yang tidak melibatkan sebarang kos,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sallehuddin berkata, Seri Paduka turut bertitah agar peruntukan bagi penerbitan persembahan ucapan tersebut sebaiknya disalurkan kepada tabung-tabung yang disediakan oleh pihak kerajaan.

“Dengan cara ini ia sedikit sebanyak dapat membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik wabak Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya