“Saat ramai masih tidur sesudah Subuh, suami saya pilih untuk mengaji Al-Quran…” - Risteena - Utusan Malaysia

“Saat ramai masih tidur sesudah Subuh, suami saya pilih untuk mengaji Al-Quran…” – Risteena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon versatil, Risteena Munim, meluahkan rasa bangga dan syukur melihat suami tercintanya, Isa Khan, bersungguh-sungguh mengejar ganjaran pahala Allah sepanjang 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Risteena memuat naik video menunjukkan suaminya sedang mengaji dengan bantuan seorang ustaz menerusi panggilan video.

Malah, pada bulan keberkatan ini juga, dia memberitahu bahawa Isa Khan tidak mahu meninggalkan puasa selama 10 hari untuk merebut ganjaran pahala.

“Saat ramai masih tidur sesudah Subuh, suami saya pilih untuk mengaji Al-Quran sambil panggilan video dengan ustaz untuk pastikan bacaan itu betul.

“Semangat bangun di awal pagi untuk solat tahajud dan solat sunat sehingga Subuh serta terus mengaji. Nak kumpul pahala di bulan Zulhijjah ini katanya.

“Puasa tak nak tinggal 10 hari. Inilah suami saya. Sangat bangga untuk berkongsi ini kerana saya bersyukur awak sebagai suami saya,” katanya.

Dalam pada itu, dia menitipkan doa buat suami tercintanya agar sentiasa dirahmati dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah.

Menjengah di ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat reaksi yang positif daripada pengikutnya dan berharap Isa terus istiqamah sekaligus dapat membimbing pasangan ke syurga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya